Edisi Khas - Sajak Sajak Sejarah Melayu
Edisi Khas – Sajak Sajak Sejarah Melayu
Author : Muhammad Haji Salleh
Publish : 1992
Publisher : Dewan Bahasa & Pustaka
Rating :
5.0 rating
Description : Kumpulan puisi ini ialah hasil pencarian akar dan tradisi oleh Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Beliau cuba mempelajari rentak, lenggok, jalur bahasa, citarasa dan tugas pujangga silam untuk mewarna dan mengarahkan pandangan kepenyairannya. Muhammad merasakan bahawa dalam tradisi itu ada peribadi yang cemerlang, keunikan bangsa dan kebijaksanaan yang dikumpulkan sungai waktu.   Segala pelajaran ini disaring oleh watak dan kepercayaan penyair yang moden pula. Beliau telah mencantumkan yang baru dan yang lama dan dengan itu membenarkan karya-karyanya melampaui waktu dan makna bangsa. Temanya pelbagai: dari cinta Kasturi dengan Anum kepada sikap penjajahan Melaka dan dilema Kudu hinggalah kepada kejatuhan Melaka. Sajak-sajak ini ditulis selama tujuh tahun dan telah melalui beberapa draf. Ternyata beliau telah bereksperimen dengan bentuk, pendekatan, bahasa dan tema dan mengemukakanfikiran yang boleh kita renungkan bersama